Saturday, November 7, 2009

The Resurrection of Bani Jawi






Bangsa yang tidak punya sejarah masa lalu adalah bangsa yang tidak punya cerita masa hadapan.Sejarah boleh digelapkan,sejarah boleh diputar belitkan,dipadam dan ditulis semula,kerana 'orang yang menang akan menulis sejarah untuk yang kalah'.

Walaupun dahulunya sesuatu bangsa itu memiliki sejarah agung dan peradaban,namun tidak mustahil suatu hari nanti segala keagungannya akan lenyap tidak berbekas akibat kelemahan sendiri,berpecahbelah dan dengki-mendengki.Ketika peradaban sesuatu bangsa itu runtuh,tidak mustahil ada orang lain yang akan mencuri peradaban bangsa yang diruntuhkan itu sama ada kota,istana,tanah dan empayar mahupun budaya,kesenian dan pemikiran.

Orang yang kurang cerdik tidak mahu mengambil pelajaran dari sejarah yang lalu...

Orang yang bijak akan memerhatikan pola-pola dan perjalanan sejarah...


....



....



...



..



..




Dari manuskrip-manuskrip yang bertebaran di seluruh Eropah;dari Russia hingga ke bilik rahsia Queen di Istana Buckingham,England...

Dari catatan-catatan conquistador,askar dan para pengembara...

Dari perpustakaan-perpustakaan yang musnah seperti arkib Sultan Melaka,perpustakaan Raja Lombok Cakranegara dan perpustakaan diraja Ayutthia...

Dari ukiran-ukiran di kuil Hatshepsut dan Angkor

petunjuk-petunjuk tersembunyi di nisan-nisan tua di celah-celah belukar sepi

dan puing-puing yang tenggelam di dasar Lautan Pasifik...




Kami bawakan kepada anda...





ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU

Volume III






Mukaddimah:

Kata alu-aluan dari Srikandi




Opening Gambit

artikel-artikel pengiring:


*The Tombs of Ayutthayan Kings
*Melayu itu bangsa atau bahasa?
*Senjata-senjata Melayu yang terahsia



Artikel Utama



"THE RESURRECTION"






The Land of The Gods II




-Kehidupan dewa-dewi Hindu di The Fabulous Land of Gold
-Nenek Moyang Para Firaun
-Rahsia dari ukiran kuil Hatshepsut
-Rahsia bumi Bani Jawi










Pentas Sunda dan Lemuria




-Teori Atlantis
-Ke manakah saki baki keturunan Lemuria?
-Aztek,Maya dan Mala









Austronesian dan Polinesia





-Bahasa-bahasa serumpun
-Siapa Orang Asli,Jakun dan Temiar?
-Kota purba Khmer di dasar Tasik Chini
-Dialek-dialek Melayu








Bani Jawi dan Rahsia Akhir Zaman






-Siapakah Bani Jawi?
-Bani Israel,Bani Ishak,Bani Ismail dan Bani Jawi
-Lemani dan Lehi
-Bangsa Misteri








The Land of Promise





-XXXXXXX
-XXXXX
-XXXXXX
-Items Locked







Illuminati dan XXXX XXXX




-Pemburuan Imam Mahadi
-XXXXX XXXX XXXXX
-Wasiat Nabi







Petunjuk-petunjuk semakin muncul di sana-sini.Peti-peti tersembunyi di dalam Gua Rahsia akan dibuka satu persatu.Orang yang memahami akan dapat melihat rahsia.Orang yang buta hanya melihat sengsara.Ditipu dan diperdaya dan rendah jatidirinya.

Biar buta mata tetapi jangan buta hati,kerana hati masih dapat menghidu keharuman wangi-wangian bangsa misteri.Wangian yang hilang di Timur Jauh.





“A culture is made...or destroyed...by its articulate voices.”

(Ayn Rand,Russian born American Writer and Novelist, 1905-1982)





Ingat!!Apa yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk memaksa anda percaya 100% terhadap apa yang ditulis, tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam. Semua misteri yang terjadi ibarat satu 'jigsaw puzzle' yang berselerakan. Apa yang dilakukan kami ialah memberikan anda kepingan-kepingan 'jigsaw puzzle' ini. Kami sekadar ingin anda bersama-sama kami mencantumkan kepingan-kepingan 'jigsaw puzzle' tersebut. Mana yang salah akan dibuang dan mana yang betul sahaja akan memberikan satu gambaran kepada semua atau sebahagian persoalan.


Berfikir dengan kritis dan logik,tidak sama dengan menyelami rahsia dengan hati yang jauh dan hening.Logika mampu dicipta tetapi kebenaran tidak mampu direka.Akhirnya segala logika akan runtuh ke ribaan kebenaran.



Selagi kebenaran tidak dapat dibuktikan,MANUSIA MENJADI MUSUH KEPADA APA YANG TIDAK DIKETAHUI.







Ark of Covenant semakin menebarkan harum-harumannya di Timur Jauh!!























65 comments:

enrike said...

salam...

hanya dengan membaca mukadimah ATBM III bebeberapa kepingan puzzle yang berserakan diminda saya tiba-tiba bercantum...

Tahniah M.O teruskan artikel mudah-mudahan lebih banyak puzzle yang akan bercantum!

Jimmy Najib said...

i have been followign this blog for quite some time, but the clues given are zigged zaggad here and there. still, I am addicted to the writing. appreciate if you can elaborate more on the English Residents (Birch, Sweethenham etc) and early English adventures like Francis Light who are Masons. The freedom fighters in Perak, Selangor, Pahang knew they were up against NWO,not some measly English Empiricism.

Ingin Tahu said...

boleh tlg rungkai keturunan firaun yang dikaitkan dengan keturunan royalty of britain? thanks...

Keris said...

ni de 2 lagu utk geng mat bunga =)

http://www.youtube.com/watch?v=g7iUIN6NDLo

http://www.youtube.com/watch?v=p1PyyiBHLIc

Semoga terus mekar mengharum.

Anonymous said...

salam...

saya nak bertanya...melayu tu bukan ke rumpun atau gagasan..bukannya bangsa sebab bangsa ni merujuk pada satu entiti,tapi melayu ni di bawahnya terdapat ramai etnik dan ras...

melayu itu di katakan sebagai lingua franca yg mana dapat menyatukan rumpun melayu ni...

so, benarkah pendapat ni?

-kadir johan syah-

M.O said...

Terimakasih saudara-saudara sekalian.

Saudara Enrike,jika anda dapat mencantum sebahagian puzzle,jangan segan berkongsi di sini.

Jimmy Najib,

We will elaborate them,but for introduction,you can check the Li Bloodline series in MF for help you to see 'the big picture'


Kadir Johan Syah,

Kami akan terangkan dalam artikel 'Melayu itu bangsa atau bahasa'

Pastikan anda bersama kami.

zamany said...

Salam semua...

Mukadimah ni nampaknya meninggalkan persoalan ??? Kadang kala Mo ni saja nak kita org pening, kemudian bagi comment. Dia ni sebenarnya nak tengok tahap ingatan kau orang saja?
Ada juga kalanya dia ni pusing pusing cerita nak bagi kau orang semua pening ? Dan adajuga kalanya dia main emosi ? saja nak `test try tengok'....

Ni yang kawan nampak dalam tulisan dia ni... kau orang jangan layan sangat. Biarkan je dia selesaikan masaalah yang dia sendiri buat ? Lagi pun kau orang semua bukan pandai sangat... Let it be... let it be...let it be...ingat lagu ni Anonymous ?? Kita tengok siapa yang kena ???

Kawan dah cakap dah,,,Mo mesti akan jawab sendiri punya...tunggu je. Erika pun satu.. sok sendiri. Kok ya pun sabar. Puzzle dlm minda siapa pun tak tahu. Tapi Mo dah baca dah... Sebenarnya kita semua nya tak tahu apa yang dia nak cakap.."cuba jangan menyampok orang tua tengah becakap"..bagi dia habis cakap dulu baru komen...

zaman

Anonymous said...

sdr zaman,

kalau sdr tak tau apa yang orang tau lebih baik jangan menyampuk dan menunjukkan kebodohan diri sendiri..

saya sebenarnya tak ingin menwujudkan 'flame' dalam rumah ni. jika sdr perhatikan saya jarang mememberi komen kebelakangan ini ... saya tidak ingin dilihat sebagai pencetus pergaduhan...

mukadimah meninggalkan persoalan?? M.O saja nak kita pening

maaf encik... jangan samakan diri encik dengan pembaca semua. kalau pemikiran encik zaman macam budak budak tadika yang baru nak belajar membaca jangan nak samakan dengan pemikir dan pengkaji yang bertahap prof...

kebanyakan pemikir dan pengkaji disini boleh mennghurai, menghujah dan memberi syarahan hanya berdasarkan mukadimah yang diberikan tersebut. Sebagai contoh peta Pentas Sunda dan Lemuria sangat bermakna ! Kepada yang mengkaji Lemuria dan Atlantis akan mempunyai banyak pandangan dan hujah yang berbeza. Namun peta tersebut dapat mencantumkan beberapa puzzle yang berserakan.

Anda mungkin terkejut bila saya katakan Nabi Nuh berasal dari Lemuria yang tenggelam yang meninggalkan gugusan pulau2 nusantara....

muslimism93 said...

TQ MO..seronok bce part ALTER NIH !!

saye nk try cantum PUZZLE nnti ...

Anonymous said...

aiseh....jgn buat suspens je...saya tak sabar nak baca lagi

M.O said...

Kami faham apa yang dimaksudkan oleh sdr. Zamani,

Sememangnya ada diantara iklan di sini sudah ada dalam iklan yang terdahulu.Kami tidak bermaksud untuk membuat para Jiggers pening atau ingin menguji ingatan pembaca.Kami percaya pembaca di sini bijak-bijak belaka.

Ini sekadar iklan sahaja menggambarkan apa yang akan keluar dalam siri ATBM V3.0 nanti.Kami berharap saudara Zamani dan para Jiggers semua berpeluang membacanya.





regards


M.O

aces high (mercualam) said...

Selagi kebenaran tidak dapat dibuktikan,MANUSIA MENJADI MUSUH KEPADA APA YANG TIDAK DIKETAHUI.

teruskan MO,bagi yg sering mengikuti clue2 yg diberikan pasti menanti dengan penuh sabar dan KEBENARAN pasti akan menutupi KEPALSUAN...

warfeel-efairy said...

Salam Mo.
Nice entry, tidak sabar baca artikel selanjutnya.


Tertarik dengan ayat2 tentang ark of covenent. Adakah ia tersembunyi di nusantara? Seperti yang diketahui tabut di Ethiopia hanyalah sebuah replika dan bukannya tabut yang asal.

Mungkin juga tabut tersebut tersembunyi di bawah Dome Of Rock, lokasinya masih tidak dapat dikesan sehingga kini. Dan ada hadis yang mengatakan tabut ini hanya akan dijumpai oleh Imam Mahdi.

Mungkin MO tahu sedikit sebanyak puzzle tentang tabut ini.

Terima Kasih.

Remember1511 said...

Saya bersetuju dengan cara M.O. ni menulis article, ia bukan cara conventional yang selalunya dibuat oleh penulis2 proffessional yang berkepentingan tertentu....technique pemecahan subject dan flexible/universal ni memang satu cara brainstorming yang baik! this is not your typical mainstream academic style of discussion.......sebab tu la ramai ilmuwan2 besar terdahulu kebanyakan nya multi-talented, mereka boleh jadi doctor dan pada masa yang sama boleh menjadi astrologer dan mathmetician, sebabnya mereka boleh berbincang dan berfikir dalam pelbagai bidang!!!

Philosopher, Pemikir2,Ulama2 terdahulu juga berbincang dan berdiskusi dengan cara macam ni, sekejap tu cakap pasal spritual dan tiba2 bertukar menjadi tajuk philosophy dan sekejap lagi menjadi topic lain pulak, inter-connected!! hasil nya, satu Words of Wisdom akan keluar....semoga Allah s.w.t. memberkati ruang perbincangan ini...

naga said...

Salam. Semoga sihat sejahtera!

Yup...saya amat rindukan wujudnya kembali watak2 ulama nusantara di zaman ini. Mereka sememangnya cintakan ilmu pengetahuan dan mampu menulis kembali ilmu dlm pelbagai bidang utk kepentingan dan kesejahteraan masyarakat. Mereka menjadi tempat rujuk rakyat dan pemerintah/raja dlm pelbagai urusan kehidupan. Mereka tiada apa2 kepentingan peribadi kerana yakinkan jaminan rezeki dari TUHAN.
Ttp sekarang ilmu itu sendiri telah dipecah2kan dan dilabel2kan utk mengelirukan kita. Bukan menjadikan kita lebih pandai dan bijaksana.huhu....(sedihnya...pandai je satu bidang..tapi bab2 lain kantoi...)
Terutamanya fakta2 dan maklumat berkenaan peristiwa2 penting tlh dilabel sbg "sejarah". Malahan subjek "sejarah" ini pula telah dikategorikan sbg "boring" dan tiada kepentingan ekonomi mahupun professional. Ia hanya menjadi pilihan kepada kawan2 kita yg tak dpt masuk kursus2 lain di IPT.
Begitu sekali ilmu "sejarah" telah di'mind control' supaya kita menjadi manusia yg keliru dan terpinga2. "sejarah" hanya memperkenalkan pejuang2 nusantara sbg "pemberontak" dan "penentang" penjajah. Semuanya telah dimanipulasi.

"And at the end of all our searching, shall be returned to the place where we started, and know it all for the first time." - T.S.Eliot

Yup...Inilah hakikat "sejarah" nusantara. Bukankah ia amat signifikan lalu penjajah mesti menyembunyikannya dari kita? Dan ia termasuk dlm rahsia TUHAN jua. Mengetahui dan "menghayati" sejarah nusantara sebenarnya membawa kita kembali kepada bgmn peradapan manusia itu bermula!
Terlalu banyak rasanya yg misteri dan perlu diungkai satu persatu. Semoga TUHAN mempermudahkan segala2nya.
Wallahualam. Terima kasih MO!

zamany said...

Salam..

Kan anda sendiri yang mintak pendapat... kawan rasa anda ni dah tersalah tafsir apa yang kawan kata ni ? Bab yang anda tanya tu jauh sangat lagi.. Mo tu saja buat iklan bagi kejut minda. Biasalah dia bagi kita semua tertunggu2 dgn persoalah?

Jangan terlampau serius bro.. ni cuma halua minda. Tapi kalau marah juga.. saya minta maaf.

Adat org melayu.. yang muda ni biasalah.. mungkin banyak yang tak kena. Tapi sebagai org terpelajar tak kan bahasa nya begitu ? Saya terkejut juga dengan fakta yg di beri. Tengok...Betul kata Mo dulu, ada yang tanya cara slow.. ada yang tanya cara kejut, Kan keluar Ilmu dia ?

Apa macam MO.. Tugas awak lah pulak kena bagi jelas fakta yang diberi oleh saudara saya Anonymous ni ? Itu pun yang MO tunggu kot...

Tak apa lah saudara saya Anonymous, Awak kata apa pun pada kawan, kawan terima... Janji Ilmu anda keluar... Sebab anda memang pandai tentang bab ni.. kawan lama dah perati tulisan anda. Sebab tu kawan jolok...

Maaf sekali lagi, kawan pada sauudara saya Anonymous...

Wassalam Zamany.

mann bravo said...

samaada MO saja nak buat cerita atau faktanya betul betul benar ..... bagi aku ... lihat pada diri sendiri ....

MO ... beri info, kita ini sebagai reader ... jika setakat membaca .. sure akan fenin ......

sebenarnya kita perlu banyak membaca buku .... pendek kata .... pelajarilahh "sejarah" ... itu salah satu subjek yang orang tak suka ..... sebabnya .... terlalu banyak "fakta" perlu diingati/difahami ... bg aku yg byk bagi komen "negatif" ... maybe kurang membaca, kurang minat ... atau tak sabar sabar nak nengok "hasil kerja" MO, tp bg sesiapa yang ada basic "sejarah" tentang sesuatu peristiwa lampau ... maybe leh cantumkan "puzzle" itu ... ia berkaitan satu sama lain ... cuma dr buku ... mungkin ada "tertinggal" atau "ditinggalkan" ...

apapun .... info dari MO ini .. byk manfaatnya ....

teruskan usaha anda MO ...

Anonymous said...

looking forward for da next article..

teruskan usaha MO..

Anonymous said...

Kepada penulis blog,

Teruskan usaha anda dalam membuat kajian dan menyebarkan maklumat kajian tersebut.

Usaha begini memang sukar dan tidak ramai yang mahu faham atau paling kurang, cuba mahu faham kandungan yang ditulis. Orang lebih senang menerima sahaja apa yang telah diketahui ramai dari melawan arus dan mengungkai kembali fahaman yang telah sedia ada dalam fikiran masing masing. Usaha untuk membuka fikiran orang ramai adalah sukar, terutamanya jika orang tersebut telah melebihi umur 40 tahun kerana fikiran telah matang dan susah untuk diubah pendapat dan prejudis yang telah terbentuk dalam fikiran masing masing. Seandainya ditambah pula dengan jiwa yang telah mati dan tidak bersemangat untuk memperjuangkan kebenaran, maka bertambahlah kesukarannya.

Walaubagaimanapun jangan berputus asa, kerana usaha kena dimulakan, walaupun mungkin kita tidak dapat menengok hasil akhirnya. Puak puak yang berkepentingan jahat merencana dan melaksanakan usaha mereka selama beratus tahun, maka tidak wajarlah kita menganggap usaha untuk membetulkan kembali kesemua itu akan berhasil dalam masa yang singkat. Maka harapannya, akan adalah penyambung obor dari kalangan anak cucu yang akan meneruskan usaha yang murni supaya sampai kematlamatnya.

Selamat berusaha

Jemey

Capone said...

Harap semua pembaca berada dlm maksud yg sama selepas dpt cantumkan semua puzzle...tp apapun belajar berserah dulu ok

khairul said...

salaam..

yeah, intro yg menarik ntuk ATBM part 3..

semoga tuan MO mempercepatkan artikel yg akan datang..

saya mmg diehard fan ntuk blog ni.. pedulikan mana2 anony tidak faham apa yg dituliskan disini..

saya hanya suka memjadi silent reader shj.. =)

wassalam..

kuzud said...

assalamualaikum,

saya pelawat "hijau" disini, teruja menanti artikel terbaru dari MO.

terima kaseh atas usaha keras utk berkongsi maklumat saudara dgn kami.

semoga lebih ramai dikalangan kita berfikir diluar tempurung.

insyaAllah.

enrike said...

sdr zaman,

anon November 7, 2009 8:04 PM adalah enrike.... terlupa nak masukkan nama masa tu...

maaf kalau terkasar bahasa... orang tua ni panas baran sikit ...

maklumlah darah bugis dan banjar membuat dia cepas panas baran ... nasib baik ada darah jawa dan melayu menjadikan kan dia 'cool'...

apapun jangan serik datang kat rumah ni..

buat M.O tahniah.... teruskan penulisan anda...

Anonymous said...

Tahniah MO

harap, ATBM kali nie akan lebih memaparkan sirah Tamdun dan Kerajaan Islam di Tanah Semenanjung Melayu. Kebanyakkan teks saya dapat ialah Tamadun Islam di Indonesia....

semoga kita dapat pertahankan Tanah Bertuah ini dari dirampas oleh golongan pengikut Dajjal.... satu teori yg amat membimbangkan saya...

-AbuHakeem-

hubahuba said...

M.O buatlah e-book untuk para pembaca :D
ataupun upgrade skit blog ni supaya senang kami baca post2 lama

Anonymous said...

Wah mcm trailer la plak hehe.
Keep it up MO,x sabar tunggu nie.

BBB

Anonymous said...

salam

cukup seronok bce artikel dari M.O ,tapi perlu hati2 byk kajian yg menyimpang,ade dari kitab2 Hindu,Bible..tapi saye beranggapan baik yg organization ni dah kaji tapis dulu..TAHNIAH !!

berkaitan kebangkitan Islam di Timur,rmai yg masih keliru,sama ada benar ataupon tidak...mari berpikir akan hadis di bwah ...

Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Bahwa ia mendengar Rasulullah saw. bersabda sambil menghadap ke arah timur: Ketahuilah, sesungguhnya fitnah akan terjadi di sana! Ketahuilah, sesungguhnya fitnah akan terjadi di sana. Yaitu tempat muncul tanduk setan. (Shahih Muslim No.5167)


di mne tempat muncul tanduk dua setan tu? mari renung2 kan !!


ASMD

Anonymous said...

Tempat keluar nya Tanduk Syaitan yang dinyatakan dalam hadith RasulAllah merujuk tempat lahir Muhammad Abdul Wahhab (Wahabi).

untuk lokasi yg tepat rujuk link ini... siap dengan lgitud dan latitud.

http://ustazmoden.wordpress.com/2008/10/24/hadis-najd-bukti-mekah-menjadi-tempat-keluar-fitnah-dan-tanduk-syaitan-hingga-hari-kiamat/

harap membantu, InsyaAllah.

-AbuHakeem-

kyo_9 said...

sungguh berinformasi artikel2 dalam blog nih.. kalo boleh, minta tlg bukukan dalam bentuk pdf~

mr. O said...

efairy buat2 mcm tak tahu pulak..hehehe...jgn marah..
aku pon nervous gak nih...
nak baca yg selanjutnya...

Anonymous said...

assalamu'alaikum saudara M.O.

harapan saya agar saudara dapat membongkar sejarah yang telah hilang atau digelapkan dengan penuh keikhlasan, keadilan dan kebenaran.

berkenaan dengan kota atlantis tu, saya ada baca menerusi blog2 hasil tulisan orang indonesia. tetapi tidak terselit pun nama semenanjung tanah melayu atau malaysia di dalam kawasan pentas sunda? kenapa ya?

diharapkan saudara tidak akan berat sebelah dalam menyatakan kebenaran.

enrike said...

saya percaya kawasan semenanjung dan sumatra adalah kawasan lemuria manakala sebahagian india , sri lanka, pulau jawa, sulawesi, borneo, papua adalah kawasan atlantis.

Perlu diingat kawasan yang saya nyatakan ini dahulunya merupakan daratan dan masih tidak terpisah seperti sekarang

Anonymous said...

salam MO

hehe

gud... atlantis lumuria mmg ade dekat2 malaysia..

mayan = sure menggemparkan org melayu

thanks

ed

Jimmy Najib said...

There was a book I read years ago about the Malay Achiepilago being Atlantis.

This is because even seperated by sea, the custom of the nations do not differ much from each other.

Masons, CIA, Mossad, KGB know the important role of Asean countries in the rise of Imam Mahdi.

Malays especially, have been travelling around the world selling spices for Pharoah's mummification on the streets of Egypt.

Thats how 'international' Asean countries are/were.

Therefore there is no doubt why they are planning a lot of NWO related activities here (WTO being one)

Blogmaster, please quench our thirst. Waiting for more input.

May I also suggest the exposure of Masonic royal families here? I know at least Brunei royalty is one of them.

Anonymous said...

hang tuah memang tak berkahwin? hang jebat ada bloodline... tapi lagi 3 pahlawan tu tak der dengar pulak sirah dan bloodline... ada sapa2 yg boleh bagi petunjuk bloodline hang tuah 5 saudara?

-AbuHakeem-

Anonymous said...

ahhh!!! cisss!

Lagi-lagi congakkan,agak-agak,tembak2....namun orang2 M.O tak pernah bawa bukti.

tak de integrity langsung...porahhh!!!

Anonymous said...

salam ed,

mayan = sure menggemparkan org melayu..


kalau ada apa2 info tentang statement kat atas tu share ler kat sini ed..

Acid Burn

Anonymous said...

alamak ... keling mabuk mana plak ni.. tetiba melompat porah sana porah sini...

apasal la la minum todi banyak sangat!

dah! pegi main jauh-jauh.. POOOOH!

enrike said...

mayan = malay

MANY reasons have been urged by men of science in America of late years for the belief that some of the native races of that continent are immigrant races. Professor Cyrus Thomas is one of these, and he has well shown in his numerous publications on the subject that much evidence has been adduced in support of that hypothesis, quite apart from any study of the languages spoken in either the old or new world.

In regard to his comparisons of Maya with Malayan, there are many striking similarities of sound and sense shown in the preceding paper.

http://www.jps.auckland.ac.nz/document/Volume_7_1898/Volume_7,_No._2,_June_1898/Notes_on_Maya_and_Malay,_by_Edward_Tregear,_p101-108

Anonymous said...

oh....thanks enrike

zamany said...

Salam...

Terima kaseh enrika sebab bagi semangat pada kawan. Jangan bimbang.. kawan tetap akan masuk ke dlm rumah redup sejuk ni. Apa pun anda dah bagi ilmu beguna.. macam tu lah hendaknya kepada yang lain-lain yang berilmu tu. Kongsikan dengan kami semua.

Semoga terus berusaha untuk menyamarakan lagi laman mewangi ini.

Wassalam Zamany

Anonymous said...

Salam semua,

kepada anon 1:34am dan anon 2:25am, korang memang klu aku nak kata bodoh, tak baik pulak... tapi dah korg memang camtu. Jenis tak tau nak hargai ilmu yg org bagi.

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html

baca benda ni elok-elok. dlm komen, M.O dah bagi rujukan dia kat situ. Tau komen bodo-bodo je. tapi bila org suruh kaji, buat... ha, tak buat pun. Ada jugak orang jenis camni. Ilmu yg dibagi terbuang, aku nak tgk korg boleh bagi ilmu apa kat kita semua. Entah2 SPM pun korg kantoi... malunya, heheh.

Enrike, aku pernah terbaca 1 buku yg terangkan pasal persamaan kaum Maya, red Indian di Amerika dengan org Melau dari segi bahasa. Tapi aku x igt tajuk buku tu. Baca kat library aje.

Bukan nak kata Melayu tu hebat, tapi sama kes seperti bangsa Arab dan Turki, Melayu itu hebat kerana Islam. Aku pernah terdengar pasal A'Famosa itu sebenarnya pintu gerbang kota Melaka, kubur-kubur raja dan VIP melaka itu di bawah dataran Hilir kalau tak silap aku la, meriam Melaka lagi hebat berbanding dgn meriam-meriam Eropah, tapi no. 2 belakang Meriam Turki. Portugis nak tawan Melaka pun ambik masa lebih dari 40 hari, dan Portugis sendiri pernah belanjakan hampir kesemua peruntukan-nya untuk tawan Melaka termasuklah bawa kapal lagenda diorg, Flor De Mar ke Melaka.

Itu dari apa yg aku dgr dan baca la, cuma teori saja selagi bukti tak dijumpai. Aku ni jenis kaki baca, tak mampu nak buat research panjang lebar nih. Tapi yg baiknya, aku jenis hargai ilmu yg org bagi, bukan main hentam kata tak kaji la, tak da bukti la, apa la... bukti dah diberi, bahan rujukan dah diberi, apa lagi?

Hai orang Melayu, pada la bangsa lain kata Bangsa Melayu ni inferior, malas, semua benda negatif pergi kat bangsa Melayu nih... rupanya memang betul pun. Rasanya, memang betul pun apa yg ulama' dulu kata, biar tak berbangsa pun takpa asalkan Islam subur di hati.

Tabik la anon-anon mangkuk tuh, sebab mengiyakan apa yg bangsa lain kata.

salam~

-SayaAnonJugak-

Tigris said...

Apa la korang ni, kejap red indian, kejap mayans, kejap medes, kejap assyria, kejap vikings...

Macam2 korang ni, inilah sebab tembak2, korang rasa, korang itu, korang ini, korang percaya, korang dengar org kata...

eiii...kalau korang amati la betul, korang boleh nampak tak cemana gaya kelaku korang ni.

Jenis manusia apakah macam ini..toksah cakap pasal bangsala...tengok korang tu termasuk dalam jenis yg cemana rupa..

Dalam dunia ada org cam gini. Masalahnya, ianya terlalu banyak dan menjadi steriotype pada org Melayu..

Itu aja. Lagi satu aku nak cakap, perangai tak elok, boleh di ubah. Takpe org kritik, sebab bila kita mengambil dari sudut positif, ianya menjadi kesan baik pada kita. Patut terima kasih sebab dengan kritikan kita boleh baiki diri kita ke arah yg lebih progressif dan akhirnya menangkis dan menghakis semua sikap buruk yg kita ada.

Itu pendapat aku la.

Anonymous said...

tak semua kritikan boleh diterima,ada kritikan hanya berniat menjatuhkan bukan membina.

salah satunya kritikan yang bernada kata2 tak baik dan tidak ada isi.tak ada point.seolah-olah sakit ati jer.xtu sakit ati kenapa.kalau xpaham bertanya.ini kondem dulu xbagi salam xbertanya.inikah nilai2 positif yg nak dirunjukkan??

Fans said...

kenapa kejap mayan,kejap assyria,kejap tu,kejap ni?

sebab bangsa melayu bukan duduk dlm gua sorang2 dia.banyak hubungan dia dengan bangsa2 len.biasa la tu,mugkin sbb berdagang atau mengembara.baca la dengan teliti dan hayati.bukan skip2.

lain la kalau ada org yg dudk bawah tempurung.xpaham xnak bertanya pastu keliru sendiri.

Anonymous said...

kenapa kejap mayan,kejap assyria,kejap tu,kejap ni?

sebab melayu merupakan salah satu bangsa ibu yang melahirkan bangsa-bangsa lain...

melayu merupakan orang lemuria dimana apabila banjir besar sebahagiannya melarikan diri ke gunung2 di Himalaya dan Tibet di panggil orang2 Malai... yang lain2 bersama nabi Noh a.s terdampar di gunung Ararat kemudian memulakan hidup baru serta menghasilkan bangsa2 yang baru Mada, Madyan, Assaria, dsb selepas berinteraksi dengan bangsa2 lain,

sebahagian dari mereka juga diarahkan oleh Nabi Ibrahim a.s untuk kembali ke nusantara ... ada yang melalui darat dan laut... yang didarat berjumpa semula abang2 mereka diHimalaya dan meneruskan perjalanan ke nusantara melalui champa dan indochina dimana ia mennghasilkan kerajaan2 lama melayu...

yang melalui laut sampai dipulau nusantara dan mendiami pulau tersebut.. mereka juga akhirnya berjumpa dengan abang2 mereka yang mendirikan kerajaan besar di champ dan kemboja...

kebanyakan orang2 melayu ini beragama tauhid...(agama Nabi Noh/Ibrahim a.s).. mereka tau dan menanti kehadiran agama Islam... sebang itu apabila Islam muncul mereka menerima dengan hati yang terbuka dan mengamalkannya dengan sungguh2...

agama hindu adalah agama yang dicipta olah Dajjal dan disebarkan keIndia selepas kematian Firuan yang tenggelam didalam laut apabila mengejar nabi Musa a.s....

selepas kematian firaun pengikutnya fanatiknya telah melarikan diri keIndia kerana takut diburu oleh Nabi Musa a.s... mereka telah menjadi raja2 disana dan mencipta agama hindu... sebab itu agama hindu ada kasta... kasta teratas adalah kaum kerabat pengikut fanatik tersebut...

kaum kerabat firaun telah melarikan diri ke eropah dan menjadi raja2 eropah.. disana mereka telah mencipta agama kristian... kalau kita kaji agama kristian adalah sama dengan agama mesir purba.... Osiris-Isis-Horus <--> God-Mary-Jesus..

aces high (mercualam) said...

sebab melayu merupakan salah satu bangsa ibu yang melahirkan bangsa-bangsa lain...

kepada saudara anon,sy rase seperti yg sedare katekan yg bangsa melayu adalah bangse ibu yg melahirkan bangsa-bangsa,sy rase tidak bertepatan,kerana kalau kita tgk dlam sejarah melayu tatkala Merah Silu di islamkan tatkala itu apakah bangsa si merah silu ni...

dan pada masa itu kerajaan yg menguasai adalah Majapahit dan Sri Wijaya sehinggalah datangnya pedagang dr Arab yg mengislamkan orang2 di daerah Nusantara ini.Mungkin ianya sesuai jikalau dikatakan Bangsa Jawi dan jugak seperti yg sedara katakan mungkin juga dari titisan itu maka lahirlah bangsa yg di beri nama Melayu.

begitulah pada pandangan saya,seandainya silap kita sama-sama fikirkan...

walallahualam.

enrike said...

sdr aces high (mercualam)

Pada asalnya mereka adalah orang2 MU....bangsa melayu hanya dipanggil melayu apabila mereka melarikan diri dari benua MU... benua ini merangkumi lemuria dan Atlantis....benua MU ini tenggelam dengan kejadian banjir besar... mereka lari ke new zealand menjadi Moari.... ke Amarike Utara/selatan... mejadi Aztec/Maya... ke Himlaya...menjadi Mala/Malai... ketimur tengah dan berasimilasi menjadi Mada..Saka..dsb.. berasimilari dengan arab menjadi Bani Jawi....

Remember1511 said...

Back in the late 80s, ada occultist yang kata Atlantis ni sebenarnya sebuah negara/kerajaan sebelum terjadinya penciptaan manusia....mungkin ada juga benarnya kata2 occultist2 ni dan juga mungkin satu lagi permainan syaitan dan iblis, maklum lah OCCULTIST!!

Anonymous said...

acid

ade beberapa user telah bagi klue..
sy xmo taruk, nnti kena taruk dek user2 lain..

setiap org berbeza mata hati mereka

salam

-ed

Anonymous said...

takper ed, sini memang tempat berkongsi ilmu. jangan risau kena taruk dgn user2 yg tak sependapat, ignore jer lama2 mesti diaorg bosan, hehe..

kalo ada research and link yg best2, sila ler share kat sini..

anyway thanks to enrike, link tu (kaitan bangsa mayan n melayu) memang membuka mata..

jiggers yg lain, kalau ada info best, share ler kat sini, bole baca n buat research sama2..

bukan apa, sejak dari sekolah menengah lagi, aku memang tak puas hati dgn buku teks sejarah, macam ada sesuatu yg tak kena, sebelum parameswara datang seolah2 tanah melayu ni tanah kosong n penuh hutan rimba..

acid burn

Tin Penuh Isi said...

Mana korang tau semua ni. Kenapa tak masukkan lagi dalam buku sejarah atau pun kurang2 masuk muzium...

Takat2 ngaku itu ini, aku boleh ngaku macam2..tapi betul ke?


lawaknya korang ni.. Tin kosong apa..

Anonymous said...

Memang tanah melayu penuh hutan rimba, dulu2 orang asli aja..

Anonymous said...

Berangan angan ni adalah kerana bisikan syaitan.

Mr Won said...

nak tanya sikit... dari zaman Nabi Adam as sehingga sekarang ni agak2 dah berapa ribu tahun??? sape2 kat sini boleh terangkan.. terima kasih..

artdeep said...

saya amat teruja penulisan incik;D pemikiran yg selalunya mudah dan indirectly buat saya observe n really2 learn



salam hormat

darrQARAR said...

Francis Light and the Alfonso abuerque kah yang meMasonkan

maLAy land is seems like a jug with BIG bird put a rock to fill the water..GEOGRAPHICALLY

bengkang bengkok khatulistiwa

zaidi ali said...

Salam.

Bani Israel (Anak2 Israel/Orang Israel/Anak2 Nabi Yaakub a.s.) merujuk kepada kaum yang istimewa di sisi Tuhan. Kebanyakan para Nabi dari Bani Israel. Yahudi (Jews) merujuk kepada agama segelintir suku dari Bani Israel, bukannya keseluruhan 12 Suku Bani Israel. Yahudi yang menduduki Israel & menjarah Bumi Palestin sekarang asalnya dari segelintir kecil suku Bani Israel yang "dikacukkan" dengan orang2 Sweden, Jerman, Norway dan Hungary. Genetik mereka bukannya tulen Bani Israel. Suku-suku Bani Israel yang tulen (membawa genetik anak-anak Nabi Yaakub a.s.) telah berhijrah keluar dari Negeri Kanaan dan menduduki sebahagian pepenjuru dunia dan masih diberkati kehidupan mereka selagi mereka beragama Islam. Kulit Bani Israel tidak seputih Steven Spielberg, Netanyahu, Michael Bay "Transformers" dan Rolland Emmerich "2012".

Dalam mengutuk kekejaman "zionisme yahudi", elakkan mengutuk Orang Israel atau Bani Israel kerana bangsa ini diberkati Tuhan dan tok nenek orang Melayu (Jawi) pun ada genetik Bani Israel, yang suatu ketika dahulu merupakan "bangsa yang besar dan istimewa". Rasanya sdr penulis perlu membezakan antara "yahudi" dan "Bani Israel" dengan lebih jelas supaya para pembaca juga jelas. Melaknat bani Israel serupalah seperti melaknat keturunan para Anbiya, nenek moyang Melayu (Jawi) dan menafikan keistimewaan yang ALLAH SWT berikan kepada keturunan Ibrahim a.s. dan anak-anak Yaakub a.s.

Sejarah versi dajjal telah memutarbelitkan fakta sejarah realiti Islam selama ini seperti juga mengatakan orang Melayu (Jawi) dulu beragama hindu dan menulis sanskrit padahal agama hindu dan tulisan sanskrit amat asing bagi orang Melayu. Satu huruf pun tak kenal!

Blog ini memang berkhasiat untuk membuka minda. Syabas dan keberkatan ALLAH SWT untuk Anak-anak Ibrahim!

p/s. Pokok Jawi atau Jejawi juga dikenali sebagai Benjamin Tree bersempena nama saudara bongsu Nabi Yusuf (a.s.). Pokok ini hidup subur di Asia Tenggara. Jawi adalah bangsa nenek moyang saya sejak 14 keturunan yang beragama Islam ajaran Ibrahim a.s. yang kini disebut Melayu!

Muhammad Azam said...

wah, saudara zaidi

saya berminatla dengan keterangan saudara tu. boleh saya tahu, dari mana saya boleh dapatkan bahan bacaan tersebut? tolong berikan saya tajuk buku atau URL laman web ya. terima kasih

naga said...

Salam. Semoga sihat sejahtera!

kepada bro Enrike, saya suka kenyataan anda yg ini....

"maklumlah darah bugis dan banjar membuat dia cepat panas baran ... nasib baik ada darah jawa dan melayu menjadikan kan dia 'cool'..."
November 8, 2009 7:40 PM

Ia banyak memberi petunjuk ttg sifat dan peribadi bangsa nusantara di Alam Melayu.
Orang Nusantara terdiri dr pelbagai etnik yg mempunyai sifat unik tersendiri:
- Jawa / Melayu- rajin, lemah lembut...
- Bugis / Banjar - tegas, jiwa kental...
OK - ini sekadar contoh. Maafkan saya andai tersalah. Keturunan saya pun dah bercampur-campur jugak.
Alam Melayu - bukan hanya di Malaysia je, tapi merangkumi kawasan2 perdagangan antarabangsa yg luas yg dulunya menggunakan bahasa Melayu sbg perantara.
Di Malaysia (Tanah Melayu - Malayland), bangsa nusantara telah di"tapau"kan sbg "Bangsa Melayu" dan dilabelkan sbg "Malas" dan "Bodoh". Tapi betulkah sebenarnya sifat asal kita camtu? Tidak sama sekali....!!
Ini tak termasuk lagi orang2 kita yg bercampur dgn keturunan Arab/India/Cina/Eropah...
Semuanya telah "well blended" mengasilkan keturunan yg baik dgn kekuatan sifat yg pelbagai - berani, rajin, tekun, tabah, sabar, prihatin, bijak, tegas....dll
Ditambah dgn akhlak Islam kesufian dan semangat persaudaraan yg tinggi. Orang nusantara ini walaupun kaya dan berilmu tetapi tetap tawaduk dan penuh dgn sifat kehambaan.
Patutlah thh terpaksa menghilangkan sejarah asal usul keturunan kita dan mind control kita dgn kata kunci "malas dan bodoh".
Selepas saya baca siri ATBM - barulah saya perasan "org Melayu" ni memang mempunyai rupa paras berlainan yg memberi petunjuk kita adalah dari campuran keturunan yg pelbagai.

Dan saya mula menghargai bangsa saya sendiri...
Juga sesungguhnya hanya dgn IMAN dan TAQWA dan pertologan TUHAN sahaja dpt kita memulihkan jati diri bangsa kita dan umat Islam secara keseluruhannya.
Wallahualam. Terima kasih MO!

Anonymous said...

saya berkelulusan tak setinggi mana..
namun saya sangat berminat nak tahu susur galur bangsa melayu, bangsa saya yang sebenar..
jadi saya menumpanglah ilmu dengan
orang2 yang lebih tinggi pemikirannya dari saya..

jadi kepada orang2 yang suka kondem orang lain, walhal ilmu diri sendiri
pun tidak setinggi mana..
muhasabah lah diri..
ramai lagi orang yang dahagakan
perkara yang benar, jadi kepada
yang nak tunjuk pandai tu..
duduk diam2lah..

Anonymous said...

kalau boleh MO cepatkan sikit yang volume III tu..
dah tak sabar kami nak membacanya..

Aliff said...

Salam kepada Saudara MO,

Saya mohon izin agar mendapat menyalin dan memanjangkan artikel2 saudara kepada keluarga dan kenalan. Jika saya membuka blog nanti saya bercadang menyiarkan artikel2 ini kerana saya sangat sukakannya dan seiring dengan pemikiran saya.

terima kasih.

Anonymous said...

cmne bole dpt maklumat ni?
sy nk tahu.
sy selalu keliru ketika mendengar semua ni dari ayh sy

kanzunQALAM said...

Bani Jawi yang berasal dari kata Bani (Kaum/Kelompok) JiWi (Ji = satu ; Wi = Widhi atau Tuhan). Jadi makna Bani Jawi (JiWi) adalah kaum yang meyakini adanya satu Tuhan.

- Adakah hubungannya dengan Bangsa Khabiru, pengikut setia Nabi Hud?

- Adakah hubungannya dengan Bangsa Malai, dan kunjungan dakwah Nabi Ibrahim tahun 2025SM?

- Apa pula hubungannya dengan Pelabuhan Barus, ACEH dan Bukit Barisan?

Jawabnya...
silahkan kunjungi Blog, kami :
http://kanzunqalam.blogspot.com/2009/12/bani-jawi-melayu-deutro-dalam-sejarah.html